Pengenalan

Lagu-lagu rock kapak sering menjadi halwa telinga penggemar-penggemar muzik tanah air. Dari semasa ke semasa, industri muzik tanah air mula berubah warna dan corak dengan kemunculan pelbagai genre lain seperti Hip-Hop, RnB dan pelbagai jenis muzik moden lain.

Seiring peredaran zaman, lagu-lagu rock kapak tidak lagi menjadi kegilaan ramai seperti di waktu kegemilangan era rock dulu.

Pun begitu, muzik rock ternyata punyai peminat tersendiri memandangkan sehingga kini, lagu-lagu bernostalgia ini masih dimuat naik dan dimuat turun di laman sesawang.

Bagi penggemar muzik tanah air di luar sana yang meminati alunan muzik rock zaman 90-an, anda boleh mula rasa teruja dengan kehadiran Festival Empire Rock Malaysia 2014 anjuran Kelab Penggiat Kumpulan Rock Malaysia dengan kerjasama Langkah Karya Production yang bakal diadakan pada 23 Ogos tahun ini.

Kini Empire Rock Kapak Malaysia menyambung legasi rock kapak dengan memunculkan kembali iradio EmpireFM melalui laman sawang (https://empirefm.org)

Himpun peminat rock

Idea untuk memunculkan kembali iradio empirefm sememangnya telah lama timbul, namun di atas sebab-sebab tertentu, ia baru dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Presiden Kelab Penggiat Kumpulan Rock Malaysia, Mohd Faiz Mat Tap berkata, idea ini timbul atas dasar minat dan sebenarnya peminat sendiri yang merealisasikan impiannya untuk mengadakan festival sebegini.

“Sebenarnya saya sudah lama berhasrat mengadakan iradio sebegini. Bila kita dapat kumpulkan semula otai-otai lama untuk kembali bergabung merupakan kepuasan untuknya,” katanya.

“Sampai sekarang masih ramai lagi yang meminati lagu-lagu rock kapak zaman 90-an dan saya merupakan salah seorang daripadanya. Sebab bila tengok dalam telefon bimbit anak-anak muda terutamanya, antara lagu-lagu yang dimuat turun untuk halwa telinga mereka adalah lagu-lagu rock kapak,” kata salah seorang peminat rock kapak.

Undang perkara negatif?

Muzik rock sering dikaitkan dengan perkara negatif dan salah satu daripadanya adalah dadah. Begitu juga dengan konsert baru-baru ini yang mengejutkan kita dengan kematian sekumpulan remaja akibat penyalahgunaan dadah di sebuah konsert di ibu negara.

Semua ini sedikit sebanyak menyumbang persepsi negatif daripada masyarakat terhadap konsert rock di tanah air. Pun begitu, pihak penganjur menyedari mengenai hal ini dan akan memastikan perkara sebegitu tidak berlaku ketika festival itu berlangsung nanti.

“Kita memang sedia maklum dengan kemungkinan yang akan berlaku di konsert-konsert sebegini. Semestinya sepanjang berlangsungnya festival ini, akan ada pihak berkuasa yang akan memantau pengunjung-pengunjung bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

“Perkara negatif yang melibatkan penyanyi rock sedikit sebanyak mengakibatkan penyanyi seangkatan terkena tempiasnya. Masalah stereotaip dalam pemikiran orang ramai sememangnya sukar diubah. Pun begitu, saya yakin terhadap penerimaan orang ramai terhadap acara ini,” kata Hazmimi.

Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook Empire Rock Kapak Malaysia di www.facebook.com/RockKapakMalaysia atau ke page https://www.facebook.com/EmpireFm.org